Want your
own Fotopage?








 
sitinurfida's FotoPage

By: sitinurfida matsalleh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  >  >>]    [Archive]
Saturday, 22-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
OSHIN MALAYSIA

senyum terpaksa.
muka simpati....
paklong tolong adik...
View all 5 photos...
Ari tu kebetulan tinggal dalam umah hanya aku, abang aku n bini dia. Kebetulan dalam masa yang sama aku nak ke bilik air nak we..we... Aku pun apa lagi kadikan abang akulah sebagai mangsa untuk pegang anak aku kejap. Dalam hanya beberapa minit bila aku dah sudah we..we. Aku lihat anak aku dah jadi mangsa abang aku. Sampai hati abang aku bungkus dia macam bungkus nasi lemak je. Mana taknya nampak kepala je. Kecian aku tgk anak aku...(Bukan apa sebab anak aku ni aktif sangat, sebab tu kena bungkus ) Korang tgklah gambar2 ni...

Care to comment?


Wednesday, 19-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
PERPISAHAN

sukanya dia...
All my friends(Farehah,Isham, Amir n Melati)
Aku, CC Kim, Jaja n Nad
View all 13 photos...
[color=yellow][color=brown]Sebenarnya aku sedih sebab jiran kat opis aku ni merangkap kawan baik akulah kiranya dh nak pindah (Last 21.03.2008).... So sedih sangat. Tapi apa nak buat dah sampai masa dia kembali ke pangkal jalan. Bukan apa dia dapat balik kampung...bertukar ke sana. Lepas ni tak adalah orang nak berbual dengan aku, nak tolong aku, nak menyular2 dengan aku, nak bergosip...pendek kata banyak lagilah benda yang aku tak boleh buat bersama dia. huhuhuhu... sodih. Tapi sebelum dia berpindah kami warga2 SM sempatlah makan bersama2 ngan dia.... Sebelah petang pula kami sempat berposing buat kali terakhir bersama kawan aku si melati yang nak pindah tu...... Apapun Mel ALL THE BEST 2 U N GOOD LUCK

Care to comment?


Saturday, 15-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
HARI KENDURI (15.03.2008-SABTU)

asik try duduk dulu kat pelamin
adik ngan achu...
adik ngan pakchu...
View all 27 photos...
Semalaman penat buat kerja hari yang dinantikan pun tiba... Seawal pukul 7.00 pagi lagi umah aku dah dipenuhi dengan saudara mara dan jiran tetangga.... Best sangat sebab semua memberti kerjasama yang baik.. Kira-kira pukul 1.30 ptg rombongan penganti perempuan pun sampai disambut baik oleh family belah aku.... Bila tgk org sanding terasa nak join je... Tapi tak apalah aku bagi 'can' dekat abang aku yang sorang ni bersanding puas-puas ....

Care to comment?


Friday, 14-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
SEHARI SEBELUM KENDURI

masukkan gula2 dalam sarung.
hasil yang dah siap....
pasang khemah..
View all 5 photos...
Sehari sebelum kenduri umah aku memang manjadi pusat tumpuan saudara mara dan jiran tetangga, almaklumlah banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum majlis yang bakal diadakan besok menjelang. Ada yang pasang khemah...ada yang tolong masukkan gula-gula, kuih-muih dan lain2 kerja sampingan. Penatnya tak payah cakaplah.... biasalahkan umah kenduri...

Care to comment?


Saturday, 1-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
HARI PERSANDINGAN

siapkan pengantin
samapi berdiri pun tak siap lagi
rombongan baru tiba
View all 18 photos...
Semalam akad nikah jadi hari ni hari persandinganlah pula... Aku tek sempat nak ambil banyak gambar coz aku kena pegang anak aku..... Almaklumlah bapa dia jadi penyepit...eh...pengapitlah. Tapi tak apa asal ada jugakan. Jangan tak ada langsung.

Care to comment?


Friday, 29-Feb-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
TARIKH KERAMAT

takut tu...tapi control
sempat lagi senyum terpaksa
Dengar taklimat
View all 10 photos...
Ari jumaat baru-baru ni abang aku telah selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya selepas maghrib bersaksikan famili aku dan famili orang umah dia.... Majlis telah dijalankan di Masjid Kampung Badang. Dengan sekali akad kedua2nya telah SAH menjadi suami isteri.. Abang aku mesti lah lega sebab semua bebanan dan debaran telah terurai. Aku maksudkan tarikh keramat sebab cuba koramg tengok 29 Februari satu tarikh yang takkan ada pada setiap tahun. dan Tarikh ini hanya akan hadir 4 tahun sekali, dan ini bermakna abang aku akan sambut ulang tahun perkahwinannya 4 tahun sekali...hahahahaha......... kecian ....tapi tak apa sambut 4 tahun sekali boleh buat secara besar-besaran..... Apapu aku ucapkan :
SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA KEKAL SELAMANYA
UNTUK

MASLY IZRAL & SITI ROSMIZA


Care to comment?


Wednesday, 27-Feb-2008 05:50 Email | Share | | Bookmark
JOM BALIK KAMPUNG

Hari yang aku nanti-nantikan dah tiba...hehehe.. Aku ni dari minggu lepas dah tak sabar nak balik kampung. Aku balik sebab abang aku akan melangsungkan perkahwinannya. Jadi aku sebagai adik kenalah balik. Kalau tak nanti tak adil pula. Masa aku kawin dulu dia banyak tolong jadi inilah masa aku nak membalasnya. Tapi dalam keseronokkan aku nak balik kampung tu aku telah dilukai pagi tadi huhuhuh..... Sedih tau pagi-pagi lagi dah kena "FIRE". Aku telah di sound oleh sorang pegawai tu yang aku rasa dia anggap dialah ketua paling besar di unit aku. Alasannya sebab aku lambat hantar anak aku g school (TASKA) dan aku telah mengambil sedikit waktu kerja untuk buat benda tu... Walaupun teguran tu cara sopan tapi kata-kata yang dia gunakan tu pedih bangat.....Sampai tembuslah jantung aku ni..Tapi apa nak buat aku terima ajalah walaupun pada hakikatnya aku terluka. Yelah siapalah aku ni, hanya kerani sedangkan dia tu pegawai.

Care to comment?


Friday, 22-Feb-2008 02:58 Email | Share | | Bookmark

Ari ni dah 22.02.2008...Aku sebenarnya tak sabar nak balik kampung pada 27.02.2008 ni sebab abang aku akan melangsungkan perkahwinannya pada 29.02.2008. Tarikh sebenarnya ialah pada 07.03.2008 tapi disebabkan 08.03.2008 tu hari mengundi jadi terpaksalah awalkan sikit. Kenduri pihak pompuan ialah pada 01.03.2008 manakala umah aku pula pada 15.03.2008 jarak 2 minggu tu. Nak buat macam manakan dah terpaks pinda tarikh. Macam tak caya abang aku dah nak kawin. Apapun aku harap majlis ti bejalan lancar lah.

Care to comment?


Saturday, 9-Feb-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
JOM CAT UMAH.....

gaulkan semua hingga sebati....
aik...buat apa tu tingginya
oOoo. nak cat umah rupanya
View all 6 photos...
Dah Penat bejalan 2 hari lepas... Ari ni kami didera untuk mengecat umah pula...Al maklumlah nak kenduri bulan 3 ni. Tengok kuarga aku cat umah, aku dapat rasa bahang kehangatan nak kenduri pula. Chewah...chewah...macam aku pula nak kawin.....

Care to comment?


Friday, 8-Feb-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
HANTAR WANG BELANJA & BERMANDI MANDA SG. SEDIM

apalah yang di pandang tu...
penyerahan wang belanja
dah selesai berborak pula.
View all 22 photos...
Jumaat bersamaan 1 Safar 1429H, kami sekeluarga telah berangkat ke Kulim. Kami bertolak dari umah aku dekat perlis kira-kira jam 9.30 pagi dan selamat sampai kat kulim pada pukul 12.30. Penat jugalah 3 jam dalam keta.Tapi aku dah biasa travel jaun-jaun ni....jadi ok sikitlah. Sampai je kat sana tanpa membuang masa abah aku meneruskan hajatnya untuk menyerahkan wang belanja sebanyak RM?000.00 kepada pihak perempuan wang tu bukan dalam bentuk cek tau tapi cash... Sebelum ni dah bagi RM?000.00 sebagai tanda jadi. Lebihnya ada lagi cikit akan dibawa pada hari akad nikah nanti sebagai duit mas kawin. Selepas selesai acara serah menyerah kami telah dijamu makan tengah hari, sedap sangat masakan ala-ala kampung.
Destinasi kami bukan hanya di kampung badang, tapi kami talah memanjangkan kaki kami untuk pergi bermandi manda di sungai sedim. Woooooo best gila sebab dah lama aku tak berkesempatan bermandi manda... apa lagi peluang yang ada tak mungkin dilepaskan hehehehe..... Anak aku tak apa bagi mak aku jaga kejap...ADIK duk dengan maktok tau ibu dan ayah nak bermandi manda.....

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.