Want your
own Fotopage?








 
sitinurfida's FotoPage

By: sitinurfida matsalleh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Saturday, 7-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
ZOO NEGARA

Zirafah kat belakang adik
Lagi banyak zirafah
besarnya die....
View all 6 photos...
Ari cuti tak buat apa, laki aku pun bawalah aku dan anak aku melawat zoo. Tengok binatang-binatang kat sana. Bagi dia kenal sikit. Tapi tak sempat nak melawat habis kawasan hujan nak turun so terpaksalah balik. Tak apa nanti ada masa dan rezeki yang lebih aku nak ajak laki aku p zoo melaka pula.....heheheheh bolehkan bang?

syoknya dia tgok menatang! Thu 12-Jun-2008 05:45
Posted by:fruitted  - [Link]
bukan anak je syok...ibu dan ayah dia pun syok juga...hehehehe Tue 17-Jun-2008 06:48
Posted by:fidarahadatul s_nurfida84@yahoo.com
Add comment


Wednesday, 21-May-2008 05:22 Email | Share | | Bookmark
PANAS....!!!!!!!!!

Ari ni ari panas buat aku, bukan apa aku rasa marah sesangat, kalau sesiapa ingat dulu aku ada cite yang aku pernah kena fire dengan bos aku pasal aku ambik masa bekerja untuak hantar anak aku k TASKA n ari ni aku sekali lagi telah di fire secara beradap sopan, bukan secara direct tapi secara sindiran dalam Pengucapan awam yang di sampaikan oleh dia. Kenapa dia tak puas hati dengan aku? Kenapa aku yang selalu dia nak fire... Jahat sangat kah aku ni? Aku ni rasa macam nak menjerit sesangat dia takkan tak faham situasi aku lagi pula aku tak adalah nak ambil masa terlalu lama nak hantar anak. Tapi mulai hari ni aku akan hantar anka aku awal ke sekolah biar dia puas hati dengan apa yang dia telah lakukan selama ni.... Mungkin dia tak ada perasaan sebagai ibu.... 2 All my friend's yang rpat n kenal dengan aira, aku mintak maaf sebab lepas ni korang dah tak dapat nak jumpa dengan aira.. Bukan aku tak bagi tapi korang sendiri tahukan apa yang aku alami hari ini.....

waaa!! windunya kt aira wuhuhu!! takpa la ibu, kita bersabor jerla yeh? Tue 27-May-2008 09:31
Posted by:fruitted  - [Link]
sabo jer la
anak kita masih kecik
Thu 5-Jun-2008 05:33
Posted by:dla
uhuhkkk....nasib baik ada orang yang memahami.... Mon 9-Jun-2008 07:45
Posted by:fidarahadatul s_nurfida84@yahoo.com
Add comment


Tuesday, 20-May-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
HAPPY BIRTHDAY

Ari ni anak aku dah genap setahun.. Ibu ucapkan;-

SELAMAT HARI JADI 'ADIK' [RAHADATUL AIRA BT ROSDI], SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, DIBERI KESIHATAN YANG BAIK OLEH ALLAH, CEPAT BESAR, JADI ANAK YANG BIJAK, PANDAI, SOLEHAH DAN MENGHORMATI ORANG TUA.....

AMIN....

Care to comment?


Wednesday, 30-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
KURSUS HARI TERAKHIR

muka ceria nak balik
penyampaian cenderahati
DATO' - MyGirls
Hari ni hari terakhir aku berkursus... tak sabornya nak balik jumpa anak aku. Walaupun baru 3 hari tak jumpa tapi aku rasa mcm dah tiga tahun (iye ker ??) Tapi hakikatnya memang aku rindu sangat dekat anak aku. Laki aku, aku tak kisah sangat dia sebab dah besar pandai bawa diri...yang aku risau n rindu sicilik akulah. Hari ni ada 2 lagi tpik yang akan disampaikan....lepas tu aku merdeka.
Fuuuhhhhhh....lega. Berjaya juga aku tamatkan kursus aku di PD. Dan yang best group aku dapat pangkat DATO' bukansenang nak dapat ni...jadi bolehlah berlagak kejap.

Care to comment?


Tuesday, 29-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
KURSUS DI PD

dalam kelas, b'sama teman sebilik
ada tokoh penceramah
Demotrasi keatas peserta
View all 5 photos...
Hari ni dah masuk hari ke dua aku berkursus,mcm biasa bangun awal pagi, ngantuk sangat, almaklumlah semalaman tak dapat nak lelapkan mata teringatkan bantal busuk aku tu. Kata husband aku dia bangun 5 kali semalam, cari aku. Siannya dia. Malam ni lagi sekali aku nak berhadapan tido tanpa dia. Deritanya aku. Tak sabar nak balik besok. Kursus ni best sangat tapi jiwa akulah tak tenteram sebab rindukan anak aku. uhuhhkkk.... uhukkk....

Care to comment?


Monday, 28-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
TINGGAL BANTAL BUSUK KECIK

bantal busuk ku
Ari ni aku dengan sedihnya akan pergi berkursus dan meninggalkan bantal busuk kecik ku...huhuhuhu... Walaupun berat tapi kaki ini terpaksa melangkah memandangkan ini satu 'ARAHAN'. Aki harap sangat anak aku akan tenang tanpa aku... Yelah selama ni aku tak pernah berpisah dengan dia. Kalau berpisah pun time kerja je. Malam aku mesti tido ngan dia tapi mampukah aku tido malam tanpa dia.......

Care to comment?


Wednesday, 23-Apr-2008 05:29 Email | Share | | Bookmark
RUNSING

mampukah aku tido malam tanpa dia?
Aku runsinglah. Tadi aku dapat memo yang mengatakan aku kena g Kursus MESRA PELANGGAN kat PD. Aku memang teringin sangat nak pergi kursus luar dari Putrajaya ni... Almaklumlah dah lama tak berkursus kat luar. Tapi bila aku fikirkan pasal anakrasa berat je hati nak pergi. Tak pergi nanti rugi. Nak pergi nanti kena tinggal anak. Aku betual2 runsing. Tanya laki aku memanglah dia bagi aku p, di sanggup jaga anak aku, tapi aku kesian nak tinggal anak aku sebab malam dia minum susu badan. Macam mana kalau aku tak ada dia nak nyonyot kat sape? Takkam laki aku kot. Sekarang hati aku betul2 terbelah bahagi. Hanya tuhan yang tahu. Apa yang patut aku buat......... Aku akan cuba menolak kalau dibri kelonggaran...

Care to comment?


Wednesday, 16-Apr-2008 05:03 Email | Share | | Bookmark
RISAU...RISAU...DAN RISAU

Aku ni masih lagi di dalam kerisauan, bila fikirkan pasal telinga anak aku.. Semalam bawa g hospital putrajaya, tapi tak dapat jumpa doktor pakar pun sebab doktor pakar telinga tu tak ada dia kena buat operation telinga seorang pesakit. Sedih bukan apa selagi aku tak tahu status kesihatan telinga anak aku selagi tu hati aku tak tenang. Aku nak sangat tahu keadaan gegendang telinga dia. Ibu mana tak risau, budak kecik ni kalau sakit paling susah nak jaga bukan sebab apa, tapi sebab kita tak tahu dia sakit kat mana, sebab dia tak boleh bagi tahu yang dia boleh lakukan hanya menangis. Aku harap sangat gegendang telinga dia ok. Temujanji yang seterusnya ialah pada 30.04.2008 lambat lagi. Penantian yang penuh debaran dengan sedikit pengharapan iaitu telinga anak aku tak ada apa-apa.

Care to comment?


Monday, 14-Apr-2008 07:21 Email | Share | | Bookmark
AKSI ADIK

jauh termenung...
ha...dapat idealah...
dapat selesaikan....
View all 4 photos...
Aksi adik baru bangun tido...dan belum mandi.....

Care to comment?


Thursday, 10-Apr-2008 01:49 Email | Share | | Bookmark

Semalam aku siapkan anak aku,pakaikan dia baju sebab aku lap badan dia yang bergetah baru lepas makan bubur. DAlam tengah-tengah aku lap anak aku, tiba-tiba aku tengok dia duk menggaru telinga dia. Aku pun bajet dia gatai telingalah. Dengan sepantas kilat tangan aku ni mencapai cottons buds. Aku pun gali lah telinga di tapi bukan dalam pun, Cuma kat depan lubang telinga je... Dan tanpa ku duga ankku telah memusingkin kepalanya, dan apa lagi.....aaaarrggggggg.... cottons buds tu mestilah tercucuk dekat telinga dia. Menggigil tubuh aku masa tu, tambah-tambah tengok ank aku mula menangis. Aku mulanya tengok tak ada darah tapi selepas tu......aku tgk ada darah kuar. lagilah menggigil aku dibuatnya. Aku dah tergamam tak tahu nak buat apa. Mujurlah abang aku ada kat umah aku ajaklah dia p klinik yang berhampiran. Mujurlah orang tak ramai. kecian sangat aku tengok anak aku, walaupun dia nangis kejap je tapi aku yakin dia mesti ksesakitan. Jumpa doktor dan doktor cek tapi apa yang doktor cakap ialah : budak memangg macam ni sensetif, dia pun ambik alat masukkan dalam telinga anak aku, n berkata lagi : buat masa sekarang ni tak dapat nak tengok lagi gegendang telinga dia luka ke tak, sebab ada darah kena tunggu nanti lagi 3 hari. Aku pun bertanya boleh luka ke doktor, doktor jawab boleh luka n terkoyak cuma bezenya kalau terkoyak cikit nanti dia akan baik sendiri(bercantum balik) tapi kalau besar kena rujuk doktor pakar. Ya-allah masa tu hanya tuhan yang thu, aku ni rimas perut ,risau semua ada.Ni semua silap aku...ni semua salah aku....kecuaian aku membuatkan anak aku sakit.......

Care to comment?


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.