|
|
| Tuesday, 8-Dec-2009 07:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BERKAMPUNG DI KELANTAN
|
 |
|
Masjid Kristal
|
|
 |
|
Jejaka Perlis (ayah aku)
|
|
 |
|
ibu dan anak
|
|
 |
|
lovely couple
|
|
 |
|
my famili
|
|
 |
|
nyum...nyum
|
|
 |
|
aira n maktok
|
|
 |
|
aira n makcik zira
|
|
 |
|
pengantin
|
| | View all 15 photos... |
|
Ari khamis lepas aku bergerak balik kampung sebab jumaat pagi nak gerak ke Kelantan, ada kenduri anak sepupu ayah aku. Kami gerak awal pagi jugalah. Tapi nak bejalan penat pun tak rasa. Alu sampai perlis pukul 11.00 malam, tido jap je dah kena bangun....huhuhuh
Perjalanan kami ke Kelantan ambik masa hampir 12 jam, bila konvoikan kena perlahan-lahan takut ada yang tertinggal. Kat Kelantan kami tinggal di sebuah banglo yang telah disewa khas untuk kami, luas gila umah tu. ada 6 bilik 4 bilik air. Umah tu dekat Pasir mas Kelantan.
Besoknya xada aktiviti lagi sebab kenduri khawin tu hari ahad, jadi ari sabtu tu kami berjalan je, g Kuala Terengganu, Masjid Kristal, Pasar Payang. Balik malam singgah umah kak mas, kawan aku yang sangatlah baik. umah dia dekat Kota Bharu,kat ctu kami dapat layan first class, makan satay, ada roti, buah, nasi impit, rasa mcm raya pula heheheh. Apapun thanks untuk fmili kak mas sebab layan kami dengan begitu baik sekali.
Lepas g umah kak mas kami g Wakaf Che Yeh pula, nyoping lagi...dalam tak ada, tak ada duit tu. Tapi tak banayak cikit je aku berbelanja
Ari Ahad lepas kenduri kami terus gerak balik,singgah rantau panjang jap, lepas tu terus pecut balik, dekat rantau panjang air naik seram aku lalu dekat situ. Sampai uamh dalam pukul 10.00 malam, penatnya
Ari Isnin dah gerak balik sini pula.....sampai umah pun dalam pukul 10.00 malam sebab hantar ayah aku g Hotel Pearl Internasional dulu, dia ada meeting.
2 minggu berturut2 aku jalan-jalan sambil makan angin, tapi bestlah.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 2-Dec-2009 00:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
RAYA HAJI DI PAHANG N MELAKA
|
 |
|
adik n ibu
|
|
 |
|
ibu cepat kira...1 ..2..3
|
|
 |
|
my famili
|
|
 |
|
model TV
|
|
 |
|
anak buah
|
|
 |
|
rara dengan mak long n abag mizan
|
| | View all 12 photos... |
|
Raya Haji bebaru ni kami 3 kuarga telah g jejalan ke Pahang dan Melaka, Pahang umah sepupu aku di Muadzam Shah. Kami bergerak petang jumaat dalam pukul 4 dan sampai ke Pahang dalam kul 8.30 malam, yang jadi lewat bukan apa sebab hujan dan kami pun kerap gak benti almaklumlah ada budak kecik. Jadi nak tak nak kena benti. Sampai sana dah malam jadi tak adalah bergambar setakat ambik video je. Banayk gila sepupu aku masak, dia memang terer masak pun, nasi ada, bihun sup, pulut kuning, rendang, ada lagilah yang aku tak ingat, malam tu sampai tak tahu nak makan apa dulu.......
Lepas berborak sampai dekat pukul 12.00 mata semua orang dah ngantuk, kami pun apa lagi bergolek jelah dekat ruang tamu terus terlelap sampai pagi. Bila pagi je bangun tengok sepupu aku tengah buat sarapan, bihun goreng..nyum..nyum... sodap tu Mula dia nak ajak makan tgh hari sekali tapi disebabkan kami ada rancangan lain lagi jadi terpaksalah bergerak lepas sarapan. Tapi apapun tima kasihlah atas layanan yang begitu baik sekali untuk kami sekeluarga. Nanti ada masa kami datang terjah lagi hehehe
Dalam Pukul 11.00 kami bergerak ke melaka sampai melaka dalam pukul 2, jalan jem gila nak masuk ke bandar dia ambik masa dekat sejam, nasib baik husband aku tahu jalaan pintas, tapi tahu tahu pun tersilap gak, tapi apaun oklah bagi aku atlist dia tahu n mahu mencuba. Bila dah samapi ada lagi satu pula masalah iaitu nak menari tempat penginapan, maklumlah percutian yang tak dirancang mana nak booking2 tempat tidur. Cari punya cari baru jumpa letih jugalah Nama dia Hash Hotel, baru je buka sehari.Harga oklah kami ambik 3 bilik.
Petang ingat nak teruskan aktiviti tapi keadaan cuaca tak mengizinkan. Kami batalakan lepas makan masuk bili tido....
Malam Lebih kurang pukul 8.30 hujan dah benti, husband aku ajak g jejalan....apa lagi aku pun sepantas kilat g bilik mak aku dengan abang aku ajak dia orang sekali. Malam tu aku g naik Eye On Malaysia. Masa benda alah tu dekat KL dulu tak naik bila ada kat Melaka baru tingin nak naik.
Malam tu aktiviti kami hanya itu je. Lebihnya sambung keesokkan harinya.
Hari ahad tu kami check out hotel kul 10.00 pagi, terus g sarapan, lepas sarapan terus gi Dataran Pahlawan untuk nyoping...... Sukanya..sapa tak suka nyoping. aku nak kena bodek laki aku ni. sebab aku dah pokai, dah tahu pokai tapi nak nyoping jugakan hahahah.....
Kami nyoping sampai pukul 2.00 ptg, lepas habis nyoping baru sedar perut dah lapar, terus g cari makanan, kami makan dekat gerai sekitar taman mini malaysia. ingatkan nak masuk tapi malas pula jadi lepak jelah kat luar, sambil tunggu cerderahati yang kami tempah tu siap. Dalam pukul 5.00 petangkan kami bergerak balik sampai umah dah pukul 10.00 malam sebab jalan jem gila, ikut jalan lama pun sampai lambat juga sebab jauh, banyak sangat potong jalan, tapi apapun bestlah sebab pergi dengan kuargakan.....
Tahun depan nak g jejalan lagi tapi tak tahu lagi kemana.....TUNGGU
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 30-Sep-2009 06:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
JEJALAN ZOO MELAKA
|
 |
|
aira n abah n zirafah
|
|
 |
|
akulah tu nak juga dengan zirafah
|
|
 |
|
pewitttt.....seksi nampak
|
| | View all 9 photos... |
|
Masa cuti lepas raya tu saje je husband aku ajak aku n anak aku g jejelan. tak tahu nak g mana akihirnya kami ke zoo melaka tempat yang khas untuk anak aku kenal jenis binatang. kranya gerak pagi balik agak petang jugalah......
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 30-Sep-2009 06:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
RAYA 2009
|
|
Tahun ni gilir raya at perak....oklah dapat jumpa kawan lama yang tak balik kampung sendiri untuk beraya macm akulah huhuhuh.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 9-Apr-2009 08:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
AT KAMPUNG PART III
|
|
Lebih kurang pukul 10.15 malam aku di sorong kuar dari dewan bedah masa tu mata samar2 ni dapatlah melihat sedara mara aku ada ramai juga 3 -4 kerat,husbang aku, mak aku, ayah aku, my little princes rara, sepupu rapat aku, makcik,pakcik, toksu ramailah yang datang, apapun terima kasih atas keperihatinan kamu semua.
Malam tu aku dijaga oleh mak aku...Tima kasih mama sebab tolong jaga cik....
Dalam pukul 12.00 aku ni terasa nak membuang air kecil, nak bangun tak confiden sebab kaki kebas lagi tapi akhirnya bangun juga sebab aku tak reti baur air sambil baring. Mak akulah tolong pimpin aku p bilik air, sampai dengan mak aku sekali masuk, tak ada perasaan malu dah, mak aku pegang bekas air tu aku pun duduk, rasa nak pitam pun ada, aku ni kurang darah tapi mujurlah mak aku ada, dialah pegang, kalo tak dah lama jatuh.
Lebih kurang 3 hari jugalah aku duk dalam wad ari sabtu petang aku balik. dan dapat mc 2 minggu. Kalo korang nak tahu Tiub follopio aku dah tinggal 1 je sebab masa operate tu dia orang terpaksan buang sebab mcm dah kena jangkitan ditambah pula dengan mengandung luar rahim, puncanya doktor kata period aku kalo datang dia tak kuar habis n kalo tak kuar habis dia naik balik ke tiub, itu yang jadi mcm tu. Aku dinasihatkan agar rest dari ngandung lebih kurang 2 tahun. Aku sedih seba aku dah tak normal sebab ada satu je tiub tapi dalam masa yang sama aku pasrah mungkin aada hikmah disebalik yang terjadi.
untuk orang yang banyak bagi kata-kata semangat untuk aku, aku ucapkan terima kasih sebab korang ambik berat, terutama husband aku yang boleh terima kekurangan aku sekarang dan memahami yang aku kena rest dari ngandung untuk satu tempoh tertentu, mak aku, serta yang lain-lain yang banyaklah support aku apaun thanks untuk semua.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 7-Apr-2009 07:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
AT AKMPUNG PART II
|
|
Selepas 6 jam aku posa akhirnya malam tu aku akan di operate.Takut punya pasal sampai aku rasa mcm tak ada kaki nak jalan. Nasib baik ada husband yang support, bagi kata2 semangat. Jam 7.55 malam aku telah di beri persalinan baru baju warna putih seksi lagi dengan topi hijau. Pakai dah siap aku disorong atas kati untuk ke dewan bedah. Masa tu mengucap lah banyak2 baca ayat kursi...semua adalah.menggigil tubuh aku, takut satu campur pula dengan sejuk dah pakai baju seksi lagi ngeri aku rasa.
Masuk dalam dewan bedah doktor yang nak operatea aku dah ada, Doktor Hari Ram tulah juga. yang tak tahan tu dia siap tegur aku kenapa mengigil, takut ker? a'alah takut sejuk pun ada. Dia boleh sound aku dia kata alah u tak payah takut bayangkan u dekat oversea, oversea memang sejuk mcm ni, kalo tak tahan sejuk macam mana nak g oversea. Aku terfifkir dalam hati tu sejuk je tak campur takut, lagi pun kalo p oversea tu g jejalan nak gembira buat apa nak takut mcm nak kena bedah ni.
Masuk je dalam bilik utama pembedahan. Aku diangkat untuk tukar katil. Tak lama lepas tu aku diberi ubat bius, 3 kali je aku tarik nafas aku dah terpadam terus.... . Pembedahan tu berjaya dalam 10.10 aku telah dikejutkan kata dah siap. Tapi yang pasti aku bangun tu aku masih ting tong...biul kejap. ubat kebas tak habis lagi. Soalan pertama yang aku tanya nurse tu. Saya ni kena operate je ke atau kena ceaser mcm orang bersalin, sebab sebelum aku ditolak ke dewan bedah tadi doktor tu ada cakap kalo berlaku pendarahan mungkin aku akan di ceaser mcm orang bersalin. Takutnya. Kalo ceaser sebab bersalin betul tak apa sakit2 pun dapat hasil ni tak, sakit tetap sakit tapi apa pun takdak.
Nasib baik dia kata aku kena tebuk je huhu. Masa tu rasa lega sangat, tapi nak cakap pun mulut rasa berat gila......macam ada batu.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 7-Apr-2009 07:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
AT KAMPUNG
|
|
Aku sampai kampung pagi 5hb mac 2009. Dalam Pukul 11.00 pagi aku gerak ke spital Tuanku Fauziah kangar perlis. Masuk je bahagian kecemasan aku sekali lagi di kuarantin dalam tu hampir sejam lebih sebelum doktor buat keputusan untuk masuk wad. Setelah cek apa yang patut aku pun di tolak atas kerusi roda untuk masuk wad dan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya dari doktor sakit puan yang ada dekat wad.
Aku ni puasa dari semalam lagi bukan apa kot2 in case sampai2 je spital ni nanti terus nak kena operate, perut toksah cakaplah lagu macam-macam dah nyanyi. Tapi tahan jugalahkan. Dah masuk wad sekali lagi aku diperiksa kali ni semua tempat pelik2 kena cek....aduh..... ngeri. Tapi relakan jua sebab nak tahu punca aku jadi mcm tu. Sekali yang cek doktor lelakilah pula. Mujurlah cina....Tapi baik sangat...sangat2 friendly nama dia doktor Leong. aku pun jadi tak segan sangatlah berbanding tadi huhuhu...
Dia cek dengan tangan n dia kata mcm ada something wrong dekat aku punya tiub follopio. Macam bengkak coz bila dia tekan aku cakap sakit. Tapi memang sakit betul pun...takkan aku nak tipu kata tak sakitkan.
Dia pun buat keputusan suh aku g scan pukul 3 nanti dekat mana lagi bilik scanlahkan takkan dekat tandas kot... . Tapi sebelum g scan doktor tu bagi kebenaran untuk aku melantak dulu, sebab dia tahu aku posa. Jadi aku pun apa lagi bantai nagi gorang kampung sebungkus.Brruuupppp....alhamdulillah kenyang.
Pukul 3 ptg sekali lagi aku ditolak atas kerusi roda untuk pergi scan. suka tapi malu bila orang tengok sebab apalah yang orang fikirkan. Dalam bilik tu ramai orang tunggu turn nak jumpa doktor. Aku duduk sehingga dipanggil. Bila panggil masuk bilik No1. doktor pompuan yang cek kat aku tapi macam pasti tak pasti je muka dia, yang aku ni duk nahan sakit dia boleh pula duk buat drama tang tu. Geram rasanya jadi mcm bahan uji kaji je.
Last sekali bila dia pun tak dapat nak pastikan apa yang dia nampak betul ke tak, dia dapatkan bantuan doktor pakar untuk cek. Doktor tu india Hari Ram nama dia. smartlah, bersih je tengok orangnya. Dia pun cek. Tapi dia tak puas hati dengan mesin scan tu....tak jelas.. (kalo dah tak jelas buang je mesin tu...beli baru ) Dan aku sekali lagi diarah agar tukar bilik untuk scan. Kali ni aku kena g bilik Doktor Hari Ram tu untuk scan, kalo tak jelas juga tak tahulah.
Scan puna scan tanpa sebarang suara yang kuar, akhirnya dia cakap ok malan ni kita SKOP. SKOP????? Apa kejadah pula tu aku tak nah dengar pun jadi cuak. Barulah dia citer dia scan nampak macam bengkak tiup follopio aku tu..Jadi malam ni juga kena buat pembedahan kecil/tebuk dekat perut aku. Dia suah aku posa 6 jam jadi nak tak nak kena buat juga pukul 8 malam ni. masa tu jantung aku hanya tuhan yang tahu laju gila. Almaklumlah pertama kali nak langkah masuk bilik bedah tapi apapun aku redza dan tawakal.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 6-Apr-2009 01:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KEMBALI BERTUGAS
|
|
Sebenarnya aku baru je naik dari bercuti panjang...bukan cuti rehat, tapi cuti sakit. Aku boleh dikatakan MC lebih kurang dekat sebulan juga. Aku baru je kena operation.....katanya aku ni di suspek mengandung tapi luar rahim!!! Doktor suspek macam tu sebab aku tetap datang bulan mcm biasa. Cuma yang tak biasanya banyak dari hari2 biasa.
Pertama sekali aku masuk wad di putrajaya. Lepas 3 hari tak dapat result yg tepat. aku di benarkan untuk balik....Masa aku balik tu doktor cakap dia lepaskan aku dengan keputusan yang aku memang disahkan mengandung luar rahim atau benda tu dah kuar sama period. Masa aku keluar tu aku pun keliru, aku sebenarnya di situasi mana, kalau betul ngandung luar rahim kenapa tak buat sesuatu. n kalau betul gugur kenapa tak cuci atau sebaliknya. Aku pun keliru. Tapi balik tetap lah balikkan
Yang tak bestnya dah masuk keta tetiba doktor tu cal balik n suruh masuk wad balik sebab malam tu juga nak kena cuci..lagi aku runsing...dah nak kena naik balik. Laki aku pun nak marahlah, jap bagi kuar jap suh masuk...last2 laki aku buat keputusan suh hospital sini kuarkan surat untuk rujukan aku di hospital TuanKu Fauziah Kangar. Sebab dia kata doktor sini buat keputusan tak logik n tak tetap.....
Akhirnya aku dapat balik kampung juga malam tu. Nanti aku sambung lagi......kisah kat kg pula..
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 1-Apr-2009 00:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ANAK BUAH AKU.....MIRZA HAMIZAN
|
 |
|
MIRZA HAMIZAN 5 jam selepas dilahirkan
|
|
 |
|
aik....apa kat dahi tu?
|
|
 |
|
ni gambar selepas kena botak kepala
|
| | View all 7 photos... |
|
Untuk pengetahuan semua.....aku baru dapt anak buah sorang pada 24/3/2009 ari tu. Nama dia Mirza Hamizan bin Masly Izral. Baby ni lahir cepat dari tarikh jangka...sebab ada masalah cikit. Mizan dilahirkan melalui pembedahan...kiranya kuar ikut tingkaplah ni. Mesti bapak dia dulu suka main tingkap sebab tu anak kuar ikut tingkap...huhuhuhu
Tapi tak apa semua dah pun selamat...baby sihat kakak ipar aku pun sihat..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 30-Mar-2009 00:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
LAMA MENYEPI......
|
|
Lama aku tak updated laman ni...... sebabnya aku tak cukup masa sekarang banyak sangat kerja nak kena buat. Yelah sejak aku menanggung kerja ni, aku rasa masa aku terhad sangat. Tak mampu nak buat dah tapi aku kena teruskan juga, ni mcm amanah untuk aku..... Bilalah PT baru nak masuk....
Dalam masa yang sama juga ada mcm2 dugaan melanda aku.... Citernya pjg tapi tak apa nanti aku sambung lagi k....
|
|
|
|
|